KOMUNITI MAYA PENDEBAT DAN PENYOKONG DEBAT KOLEJ KEDIAMAN INDAH PERMAI
BERSAMA-SAMA KITA MEMERTABATKAN SENI PENGUCAPAN AWAM.
LOGO PERSADA KKIP
New LOGO
PERSADA KKIP
Assalamualaikum dan selamat sejahtera!!!
PERSADA merupakan kelab debat dan seni Kolej Kediaman Indah Permai. Kelab ini telah ditubuhkan pada awal Februari bagi menyelaras dan membuat persediaan untuk sebarang aktiviti debat mahupun seni Kolej Kediaman Indah Permai.
Penubuhan kelab ini bukan hanya tertumpu kepada aktiviti debat bahasa melayu mahupun bahasa inggeris sahaja, malahan semua aktiviti seni dan pengucapan awam seperti pengerusi majlis, syair, pantun, nasyid, sajak, pidato, forum dan banyak lagi. Kelab ini boleh dikatakan sebagai manifestasi kepada semangat juang para pendebat KKIP dalam terus memekarkan motto kolej iaitu "KKIP gemilang"
Dengan tema "ESPRIT DE'CORPS" kami membawa Persatuan Debat KKIP dengan nama panggilan PERSADA KKIP
Diharapkan semua kawan dapat memberikan sokongan kepada kelab yang tidak seberapa ini.
Perhatian kepada semua penghuni Kolej Kediaman Indah Permai samada tahun 1,2,3 yang berminat dan ingin menyertai persatuan PERSADA KKIP, anda bolehla berhubung terus dengan kami di blog ini atau menghubungi mana-mana ahli PERSADA KKIP.
Mesyuarat agung PERSADA KKIP akan diadakan tidak lama lagi untuk pemilihan AJK yang baru. Pelbagai aktivti juga akan dilaksanakan seperti kem motivasi sekolah menengah dan sebgainya.
sebarang pertanyaan sila la hubungi kami dengan segera.
No comments:
Post a Comment