Template by:
Free Blog Templates

Friday, September 18, 2009

SUARA HATI


KAMI AHLI-AHLI PERSADA KKIP INGIN MENYUSUSN SEPULUH JARI, MEMOHON AMPUN KEPADA SEMUA TERUTAMA PENGURUSAN KOLEJ, JAKMAS DAN JUGA SEMUA PENGHUNI KKIP DAN MAHASISWA UMS AMNYA....

DENGAN UCAPAN SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR DAN BATIN..

SEMOGA RAYA KITA INI MENDAPAT KEBERKATAN DARIPADANYA....
AMIN!!!

Friday, September 4, 2009

THANK YOU KEPADA SEMUA....ATAS WISH KORANG...
daripada Kh@lil_sppsums. Doakan aku, di hari lahirku..dan buat selamanya.

salam

Thursday, September 3, 2009

HAPPY BIRTHDAY!

PERSADA ingin mengucapkan selamat menyambut hari lahir yang ke-21 kepada Saudara Mohd Khalil. Semoga Allah memanjangkan usia dan sentiasa murah rezeki. Amin!

Saturday, August 29, 2009

SELAMAT BERBUKA PUASA DI ANTARA PENDEBAT KKIP DENGAN YDP KKIP..SAUDARA RASMAN..SEMOGA UKHUWAH TETAP TERBINA.

Friday, August 28, 2009

WE ARE FAMILY BANG!



Assalamualaikum dan salam sejahtera

First of all selamat berpuasa dan menyambut ramadhan al-mubarak...dan selamat bertarawih....

Tajuk di atas adalah kata-kata daripada pendebat-pendebat junior Kolej Kediaman Indah Permai. Hati saya cukup tersentuh dengan luahan jujur mereka. Inya ibarat tiada apa yang bisa memisahkan mereka kecuali maut.

Apa yang abang harapkan, jagalah ikatan kita adik-beradik ini sesuci ikatan Rasulullah dan para sahabatnya...semoga persahabatan dan pertautan ini diredhai Allah dan kekal sehingga akhir ayat.

Saya teringat kata-kata seseorang " biarlah saya tiada insan yang saya cintai, tetapi saya mempunyai sahabat yang saya sayangi".....

PERSADA KKIP telah mempunyai lagu temanya yang tersendiri dalam membangkitkan semangat di kalangan Ahli PERSADA.

Tajuk: IMPIAN
Penyanyi: Jacklyn Victor

benarlah
dikatakan
bukannya mudah
mencapai cita

tiada yang mustahil
semuanya mungkin
andainya usaha ini
kan jadi kenyataan

*Tuhan, tolonglah diriku
berikan secebis kudratmu
agar dapat ku terus mencapai
tinggi di awan...segalanya milikku jua
sampai akhir...akhir pasti

tidak gentar
bagai melanda
ku tekad tempuhi
sepenuh hati

segala ku genggam
impian menanti
tetap tabahkan hati
terima dugaannya

ku akan
meneruskan
perjuangan ini..dan impian suci
aku inginkan semenjak dulu
jadi milikku
jadi nyata ohh...
agar dapat.. ku terus mencapai.. segalanya..akhir pasti...
impianku..oh.. milikku jua.. sampai akhir.. akhir pasti..

Wednesday, August 26, 2009

Sekilas bicara buat Jurulatih Persada KKIP

Mohd.Burhanuddin

Kami semua memanggilnya sebagai @bg BUR...ikut sejarahnya, @bg Bur adalah Jurulatih Persada KKIP semenjak tahun 2008 sehinggalah sekarang. Banyak pengorbanan dan tunjuk ajar yang beliau berikan kepada para pendebat KKIP. @bg Bur adalah seorang jurulatih yang sangat komited dalam melakukan satu-satu perkara. @bg Bur adalah pencetus kepada penubuhan Persada KKIP yang akhirnya dapat direalisasikan dan ditubuhkan dengan rasminya dengan keahlian yang semakin bertambah. @bg Bur adalah seorang yang prihatin dan memahami, dan apa yang lebih utama ialah @bg Bur adalah pembakar semangat kepada para pendebat KKIP untuk terus berlatih dan berusaha untuk memajukan Debat Kolej Kediaman Indah Permai. Tahun pertama @bg Bur menjadi Jurulatih, @bg Bur telah menghantar 2 pasukan Debat BM pada Piala Naib Canselor 2008, dan pasukan Senior telah memasuki peringkat Separuh Akhir. Tahun Kedua, @bg Bur telah menghantar 2 team junior dan 1 team senior pada Piala Naib Canselor 2009, hasilnya team senior memasuki peringkat Separuh Akhir, dan pasukan junior berjaya memasuki pertandingan Akhir. Pada tahun 2008, @bg Bur berjaya mengcungkil 6 pendebat, dan pada tahun ini telah meningkat seramai 14 orang. Dari kami semua...terima kasih,..Good Luck!,wasalam

Tuesday, August 25, 2009

FAMILY DAY PART 1

ASSALAMUALAIKUM....

PERSADA KKIP FAMILY DAY 2009
LOCATION: UMS ODEC
TIME: 2-6 P.M
DATE: 21/08/09



Monday, August 17, 2009

PENDEBAT IP YANG KUSAYANGI

JUNIOR

Masran

Pada pertemuan pertama, saya sudah mempunyai keyakinan terhadap beliau. Beliau seorang yang bercita-cita tinggi dan komited dalam banyak perkara. Seorang yang rajin bertanya dan tidak kedekut dalam berkongsi ilmu. Walaupun mukanya nampak serius tetapi jika sesiapa yang mengenalinya lebih dekat, Masran seorang yang mudah didekati dan friendly. Seorang yang suka berdebat dan berbakat. Antara salah seorang pendebat utama PERSADA KKIP. Masran teruskanlah legasi debat KKIP!

Saiful Aiman @ AJ

Seorang yang mudah bergaul dengan sesiapa sahaja, itu yang memebuat saya 'jatuh cinta' dengan karenahnya.Penghibur PERSADA KKIP, tanpa beliau ibarat sunyi dari gelak ketawa dan coletehnya. Beliau Seorang yang rajin dalam melakukan pelbagai aktiviti. Kadang-kadang hatinya kuat dan kadang-kadang hatinya rapuh dengan tekanan. Tetapi itu yang membuat saya suka dengan perwatakan AJ. Walaupun dia pernah sakit hati dengan jurulatihnya, tetapi beliau seorang yang profesional dan berkaliber. AJ teruskan usaha untuk menjadi yang terbaik. Abang sentiasa doakan yang terbaik untuk AJ.

Watson

Pada pertemuan pertama, saya kurang bagi perhatian kepada insan ini. Ada sebabnya. Beliau boleh bercakap, tetapi kadang-kadang mungkin tekanan dari kelas, latihan dan sebagainya pernah membuatnya 'down' seketika sehinggakan demam. Beliau seorang yang suka senyum walaupun masa itu dia sedang tertekan. tidak pernah mengatakan tidak kepada saya dalam banyak perkara. Kadang-kadang saya terfikir juga seperti menggunakan kuasa VETO. Sekarang saya sedang memahami siapa diri Watson AK Menjang sebenarnya!

Haidah

Seorang yang pendiam, kadang-kadang saya susah mahu menjangka keadaannya. Haidah juga seorang yang 'secretive', suka menyendiri. Tapi dia seorang yang komited dengan debat KKIP itu yang membuat saya suka padanya. Ramai kawan-kawan yang seangkatan dengannya angkat kaki, tetapi dia seorang yang sabar dan berhemah. Saya pernah memarahinya, tetapi dia seorang yang cekal dan baik hati. Rajin mencari fakta kes dan literal. kalau seseorang itu rapat dengan Haidah tahulah betapa comelnya senyumannya.

Khairu Rizal

Seorang yang kuat ketahanan diri tetapi manja. Itu yang membuatkan saya tidak faham dengan insan ini. Saya pada awalnya tidk memberikan sangat perhatian kepadanya sehingga dia pernah mengatakan "abang selalu anak tirikan saya, saya tahula saya tak pandai..." dan macam-macam lagi. Adui, terasala juga kadang-kadang dengan kata-katanya. Khairul sebenarnya ok, cuma mungkin tidak cukup latihan, dia ni kan busy, silatla, itu la, ini la...dia sebenarnya boleh pergi jauh. Khairul anda harus berlatih bersungguh-sungguh sehingga menjadi yang the best. Abang doakan yang terbaik untuk kamu.

Alvie Flavia

Saya suka dengan Alvie dalam banyak perkara. Dia seorang yang baik hati, rajin, dan macam mana susah pun dia akan datang latihan.Saya ingat kehadirannya ke latihan debat akan berakhir seperti seorang lagi pendebat Senior. Sejak mengenali Alvie, saya yakin dengannya. Dia bukan seorang yang mudah berputus asa. Saya suka dengan senyumannya, comel. Dengan perangai dan tingkah laku seperti budak-budak menjadikannya disukai ramai. Alvie boleh berdebat, cuma kurang keyakinan diri, takut dan gugup semasa bercakap. Saya pernah berfikir, apa ubat yang paling mujarab untuk meningkatkan keyakinan Alvie. Satu malam saya terbaca satu artikel dari pakar motivasi, untuk meningkatkan keyakinan seseorang, orang yan paling rapat dengannya harus yakin dahulu terhadapnya. Bermula dari itu, saya akan memberi apa sahaja keyakinan kepadanya dalam membuat apa-apa sahja selagi ianya tidak membahayakan nyawanya. Alvie "i do believe in you, keep it up, abang doakan u be the best ".

Faizal Fandy

Pada mulanya, saya ingatkan Faizal ini seorang yang pendiam, secretive dan sebagainya. tetapi setelah bersama dengannya selama beberapa hari, barulah saya sedar bahawa Faizal sebenarnya seorang yang mudah diajak berbicara, kelakar dan yang paling saya suka ialah kalau dia 'flashback' cerita dia mesti akan bercerita dengan penuh perasaan termasuk body language sekali. Faizal seorang yang rajin membuat latihan, serius dan fokus dalam membuat sesuatu. Pernah saya menyuruhnya menghafal sesuatu dalam masa 5 minit, dia betul-betul dapat hafal. Dia sememangnya amat fokus. Saya tidak pernah menjadikannya kambng hitam, saya yakin dengannya. Menjadi pendebat terbaik sebanyak 2 kali menjadikan saya amat bangga dengan insan ini. Faizal teruskan belajar dan berlatih, abang yakin Faizal akan jadi pendebat yang berkualiti dan bagus. InsyaAllah.

Fauziah @ Jee

Fauziah seorang yang pendiam pada permulaannya. Saya pada awalnya tidak berharap sangat dengan insan ini, kemasukkannya hanya sekadar mencukupkan orang sahaja. tetapi bila sudah bersama dengannya hampir 2 minggu, sangkaan hati saya mula berubah pada Fauziah, keyakinan padanya mulai timbul. Fauziah sebenarnya boleh bercakap. Bila saya mendengarnya bercakap dia sebenarnya tahu sedikit sebanyak berkenaan isu semasa berbanding pendebat junior yang lain. Cuma satu yang membuat saya agak kecewa dengan diri saya, saya tidak melatih Fauziah dengan baik, kalaulah masa boleh dikembalikan pada waktu latihan, saya janji akan memberi Fauziah latihan yang secukup-cukupnya seperti mana saya bagi latihan dan nasihat kepada adik-adik lelaki saya yang lain. Fauziah abang akan pastikan Debat HEP Fauziah do the best

Fitri

Fitri seorang yang suka gelak dan ketawa.Kadang-kadang benda yang bukannya lawak pun dia akan gelak. Itu yang saya tidak faham. Mangsa gelakkan Fitri biasanya adalah AJ. Fitri mempunyai idea yang bernas dan pengetahuan berkenaan dengan isu semasa. Ini saya dapat perhatikan masa perbincangan konsep dan fakta kes. Saya berkeyakinan dengannya. Dia mempunyai kebolehan dalam berdebat. Tetapi Fitri ini mempunyai sifat panas baran yang tinggi. Kalau dia dah buat yang terbaik, tetapi akhirnya kalah, dia tentu akan bertanya samapi dia dapat jawapan kenapa dan mengapa dia jadi begitu. Tapi bagi saya itu permasalahan minor yang boleh di atasi jika dia seorang yang S.A.B.A.R. Saya amat sedih jika Fitri berpindah ke Kolej lain meninggalkan sahabat-sahabat perjuangan dalam meneruskan legasi debat KKIP. Fitri abang amat memerlukan Fitri untuk menguatkan lagi team debat KKIP. Tetapi segala-galanya terletak pada keputusan Fitri. Yakin dan pilihlah yang terbaik untuk diri sendir. abang doakan yang terbaik untuk fitri.


SENIOR

Fatmawati

Seorang yang mempunyai semangat yang paling tinggi di kalangan pendebat KKIP. dialah yang memberi semangat kepada saya dalam banyak perkara. Semasa saya down dengan keadaan pendebat KKIP, Emmalah penyejuk dan pemujuk untuk teruskan legasi ini. Ini yang membuatkan emma menjadi nafas dan semangat untuk teruskan PERSADA dan debat KKIP ini. Tetapi satu kelemahan yang ada ialah emma masih lagi belum boleh berdiri dengan diri sendiri dalam membuat konsep dan fakta kes. mesti cari Abang Bur dan sebagainya. Saya rasa ini mungkin silap saya juga kerana terlebih manjakannya semasa tahun 1 dan juga sekarang. Emma seorang pendebat terbaik dan pernah menjadi pendebat terbaik. Saya suka caranya bercakap dan frasa lontarannya. Emma abang mahukan perubahan semasa Debat HEP nanti. Pastikan Emma tunjukkan abang yang terbaik, abang doakan Emma yang terbaik juga.

Khalil

Khalil seorang yang mudah dibawa berbincang dan mudah juga untuk menerima teguran dan tunjuk ajar. Khalil ini boleh diibaratkan sebagai tangan dan kaki saya dalam debat. Banyak perkara serta perkara-perkara yang berlaku dalam PERSADA KKIP saya akan bercerita kepadannya terlebih dahulu. Saya akan tanya pendapat dan sebaginya sebelum membuat keputusan. Dia seorang yang saya boleh harapkan dalam mengemudikan PERSADA KKIP dan juga meneruskan legasi debat KKIP. Pada awalnya saya jug tidak yakin dengan insan ini, kerana semasa tahun 1, setiap kali latihan mesti kena di telefon dan sebagainya, kadang-kadang tidak datang latihan dan sebaginya. Paling saya 'down' dengan Khalil semasa debat HEP, dia tidak mahu menyertainya. Saya amat frust dan kecewa dengannya. Tetapi apa yang ditunjukkan oleh Khalil semasa debat NC, membuatkan saya menarik nafas lega kembali. Kepada Khalil, abang harap, ini adalah permulaan yang akan membuatkan abang gembira, teruskan membawa pendebat-pendebat lain kemercu yang lebih gemilang. May God bless you Always! Abang selalu doakan Khalil.

Syidah

Syidah seorang yang sentiasa dengan senyuman di bibir. Bila dia senyum pasti akan kelihatan pipinya yang tembam, comel. Syidah seorang yang bersemangat dan boleh bercakap dengan baik. Tetapi masalah Syidah adalah kurang membaca berkenaan isu semasa dan sebagainya. Bukan syidah seorang, tetapi inilah masalah pendebat yang lain juga. Syidah seorang yang pemalu, baik hati dan tidak sensitif. mungkin dia faham dengan mulut jurulatihnya yang sharp. Saya pernah marah insan ini, tetapi dia tetap juga datang latihan, kadang-kadang geram juga, setiap kali dimarah berubah sikit, lepas tu, buat perkara lama lagi. sekarang saya sudah boleh berbangga dengan Syidah, walaupun hanya menjadi reserved kepada senior, tetapi dia tetap yang terbaik pada pandangan saya. Satu yang saya amat kecewa, kenapa saya baru jumpa Syidah tahun ini, bukan tahun lepas??? itu yang saya rasa sedikit terkilan. walaupun perjumpaan itu sedikit lambat, tetapi kesempatan bersama Syidah sudah cukup membuatkan PERSADA KKIP meriah dan ceria. Syidah abang doakan yang terbaik untuk Syidah, do the best for the PERSADA KKIP.

Ini adalah penulisan dari sisi pandangan Saudara MOhd Burhanuddin.


Saturday, August 15, 2009

TAHNIAH KEPADA PENDEBAT IP BM DAN BI

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

PERSADA KKIP ingin mengucapkan tahniah kepada para pendebat Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris Kolej Kediaman Indah Permai atas kecemerlangan anda semua semasa berlangsungnya Pertandingan Debat Piala Naib Canselor 2009.

Pihak PERSADA KKIP juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada JAKMAS KKIP dan juga HEP KKIP atas sokongan anda yang tidak terbelah bagi.

Semoga bantuan yang lebih lagi akan kami perolehi pada masa akan datang....

Saturday, August 1, 2009

WAHAI ADIK-ADIKKU! BANGKITLAH!

Assalamualaikum dan Salam sejahtera...

Pesanan dan nasihat buat adik-adikku,

Berjuanglah kita bersama-sama dalam meneruskan legasi ini. Janganlah kita mudah berputus asa di tengah jalan.

janganlah kita takut, kecut dan gentar terhadap hari yang mendatang, harus kita ingat, menang kalah adalah adat dalm pertandingan, selagi kita mampu berjuang, kita akan berjuang bersungguh-sungguh.

Jika anda semua mengatakan tidak pada diri anda sendiri, bagaimana mungkin kami juga akan katakan yang kami ini kuat. berilah kami semangat untuk berjuang bersama-sama.

bersama-samalah kita memartabatkan debat kolej kediaman indah permai.

Thursday, July 30, 2009

SIAPA YANG BAKAL MENANG???

Assalamualaikum dan salam sejahtera...


Pertandingan Debat Piala Naib CAnselor bakal bermula 9 ogos -12 ogos 2009.

Adakah johan pada tahun lepas bakal mengulangi kejayaannya? Atau akan muncul satu team underdog yang bakal mengegarkan kejohanan tersebut???

Ini kita bakal akan saksikan nanti.

Debaran serta bahang pertandingan semakin hangat, semua Kolej kediaman bersemangat berlatih untuk memenangi pertandingan.

Usaha tangga kejayaan. jangan kita berjaya dengan usaha yang menindas mereka yang lemah!!


Usaha+doa+tawakkal=kejayaan


salam

Editor

Sunday, July 19, 2009

DEBAT PIALA NAIB CANSELOR 2009

Assalamualaiukum dan Salam sejahtera

PERTANDINGAN DEBAT PIALA NAIB CANSELOR kINI KEMBALI LAGI.

PERSATUAN DEBAT KOLEJ KEDIAMAN INDAH PERMAI ingin mengalu-alukan kepada mahasiswa-mahasiswi baru Kolej Kediaman Indah Permai untuk menyertai pertandingan ini dan juga Kelab Ini.

Perjumpaan Kelab Debat IP akan diadakan pada

Hari : Selasa
Jam: 9 malam
Tempat: Jakmas KKIP


SEMOGA KITA BERSAMA-SAMA MEMARTABATKAN KKIP DI MATA UMS DAN NEGARA!

Sunday, March 1, 2009

SEKITAR AKTIVITI DEBAT

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Ini merupakan posting pertama PERSADA KKIP bagi bulan Mac. Ini disebabkan oleh masalah kekangan masa dan teknikal menyebabkan Blog ini tidak dapat diuruskan buat sementar waktu.

Tetapi Alhamdulillah, setelah diberikan keizinan, sidang Moderator dapat juga mencoretkan sesuatu sebagai halwa pembaca.

BENGKEL DEBAT @E

1. KKIP telah menghantar 4 orang wakil ke Bengkel Debat @E baru-baru ini.
2. walaupun pada asalnya senarai pelajar yang sepatutnya menyertai ramai, tetapi disebabkan ada program dan hal yang bertindih, sebahagiannya tidak dapat menyertai.

3. Walaupun KKIP hanya menghantar 4 orang wakil, iaitu 3 pendebat bahasa melayu dan seorang pendebat bahasa Inggeris, mereka telah menjalankan tugas dengan berkongsi ilmu yang mereka dapat ketika menyertai bengkel tersebut.

4. Kami bagi pihak PERSADA KKIP berharap, program sebegini akan diteruskan untuk masa-masa yang akan datang.

5. Tahniah diucapkan kepada ahli-ahli kelab orator Kolej Kediaman E atas penganjuran bengkel ini. Bersama kita menyemarakkan kegemilangan debat UMS!


DEBAT PIALA HEP

6. Satu kelainan apabila format untuk pertandingan debat piala HEP ini menggunakan format debat sembang kopi.

7. Ini bermakna setiap kolej akan membuat pembaharuan dari segi penyampaian dan tidak lagi terikat dengan skima atau format debat ala parlimen.

8. PERSADA KKIP juga InsyaAllah akan sama-sama memeriahkan pertandingan ini jika diberikan kelapangan waktu dan sebagainya.

9. Pertandingan ini mungkin juga salah satu wadah untuk menghilangkan sebutan "tuan yang dipetua" berulang kali.

10. MODERATOR PERSADA KKIP mengucapkan selamat berdebat sembang kopi dan semoga berjaya.


Wassalam,

MODERATOR

Friday, January 23, 2009

PENUBUHAN KELAB DEBAT KKIP

Assalamualaikum dan Selamat sejahtera kepada semua warga KKIP...

Untuk makluman,
Satu jawatankuasa penaja penubuhanKelab Debat Kolej Kediaman Indah Permai telah ditubuhkan bagi merealisasikan penubuhan kelab ini di kolej kediaman indah permai.

Nama pertubuhan:
Persatuan Debat Kolej Kediaman Indah Permai
singkatan PERSADA KKIP

Perancangan untuk menubuhkan kelab debat di KKIP telah dicetuskan oleh Saudara Burhanuddin pada bulan Ogos 2008 dan juga telah dipersetujuai oleh semua pendebat KKIP. Hal ini juga telah dipanjangkan kepada EXCO AKADEMIK JAKMAS KKIP semasa dibawah bimbingan Saudara Azizul. tetapi disebabkan kekangan masa dan hampir kepada tarikh pembubaran JAKMAS maka penubuhan kelab debat ini ditangguhkan buat seketika waktu.

Dan Alhamdulillah di bawah pentadbiran JAKMAS yang baru yang diketuai oleh Saudara MOHD RASMAN telah memberikan sinar baru kepada penubuhan kelab ini...

AJK PENAJA PERSADA KKIP

LAMPIRAN D

ORGANISASI DAN JAWATANKUASA PERSATUAN DEBAT KOLEJ KEDIAMAN INDAH PERMAI 2009/2010

(PERSADA)

PENAUNG

Yang Berbahagia Prof. Madya Dr. Amran Ahmed

Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni,

Universiti Malaysia Sabah

PENASIHAT

En. Zall kepli bin Md. Rejab

Pengetua Kolej Kediaman Indah permai

PENYELARAS

belum ditentukan lagi


PRESIDEN

Mohd Burhanuddin bin Ishak

TIMBALAN PENGARAH

Tuan Mohd Nizam bin Tuan Mustapa

SETIAUSAHA

Nurul Aisyah bt Hanafi

BENDAHARI

Khairul Azlan bin Abdullah

EXCO-EXCO

PENYELIDIKAN DAN PEMBANGUNAN

Linda

Mat Nor

Hazman

AKTIVITI DAN HAL EHWAL SEMASA

Azmi

Nur Fatmawati

Hakim

AKADEMIK DAN SAHSIAH

Safari

Khalil

TUGAS-TUGAS KHAS

Hasman

Maziz